Monday, October 12, 2009

INGATAN UNTUK DIRIKU

Ada seorang lelaki yang mempunyai tiga orang anak.Dua orang anaknya amat
dikasihi dan disayangi bagai menatang minyak yang penoh. Tetapi seorang lagi
anaknya tidak diperdulikan dan diberi perhatian sewajarnya.

Kedua-dua anak yang amat disayangi itu dituruti segala kemahuan dan kehendaknya.
tidak seperti anak yang disisihkan itu.. namun anak ini tahu mengenang budi dan
amat menyayangi bapanya biarpun dia tidak diperdulikan.

Namun pada suatu hari lelaki ini telah terlibat dalam satu kesalahan dimana
perbuatan ini tidak dilakukan oleh lelaki tersebut. Maka dia dibawa ke muka
pengadilan untuk dibicarakan. Alangkah sedih dan pilu bila mengenangkan nasib
malang yang dialami lelaki ini.

Maka teringatlah akan kedua-dua anaknya yang disayangi dan dikasihi itu..Mungkin
kewajaran ini perlu dia meminta pertolongan dari anaknya. Lalu anaknya berkata:

"Ayah tidaklah perlu meminta pertolongan dari saya, ayah harus fikir, ayah yang
melakukannya, haruslah ayah yang bertanggong jawab. bukan saya.Biar bagaimanapun
saya tidak dapat melepaskan ayah dari perbicaraan ini"

Dengan sedih dan pilu, lelaki ini pergi pula kepada anak kedua dan akan memohon
bantuan untuk menolongnya.Bila lelaki ini menemui anaknya dan mencerikan masaalah
,lalu menjawablah si anak dengan perkataan;

"Ayah jangan jadi pengecut. Ayah yang dipanggil kemuka pengadilan, ayahlah
yang sendiri kena berani menghadapi perbicaraan ini.Ianya tidak ada sangkut paut
dengan saya"

Dengan rasa berat hati, maka lelaki ini pun membawa dirinya pula menemui anak ketiga
yang amat dibenci, Mungkin barang kali dia dapat menolong dirinya. Lelaki ini telah
disambut dengan begitu mesra penoh kasih sayang dari anak yang dilupai ini.

" Ayah, kalau begitulah keadaannya, tidak mengapalah biarlah saya sahaja yang
menyelesaikannya. dan sanggup untuk bersemuka dengan pihak pengadilan.Mudah-mudahan
segala masaalah ayah segera diatasi".

Siapakah LELAKI ini!dia adalah seperti diri manusia lelaki dan perempuan...Dan siapa pula DUA ORANG ANAK yang amat disayangi itu!.
anak itu adalah seperti< anak dan isteri didunia yang disayangi> dan anak yang
dibenci pula ibarat < Amalan dan Ibadat> Pada dasarnya kita selalu sayangkan anak
dan isteri,, tetapi kita tidak menyintai kepada amal ibadat..

Tetapi apabila nyawa kita telah dicabut oleh malaikatu-maut, maka nyatalah anak
dan isteri tidak turut serta dikubur bersama kita. jelaslah bahawa kasih sayang anak
dan isteri hanya hayat masih ada didunia ini,selagi roh masih berada dalam tubuh kita
sebaliknya amal ibadat pula dicintai itulah yang akan dibawa kealam kubur dan kelak
membela kita di akhirat kelak.

Memang tidak semua manusia menyintai amal ibadat, tetapi lebih banyak adalah membenci
amal ibadat. Sedangkan ibadat solat,puasa, dan sebagainya dibuat sambil lewa sahaja.
Sedangkan amalan kita yang akan kita bawa dan dia yang akan menolong sehingga di hari
akhirat kelak.

Andai nukilan ku ini menyalahi ku harap diperbaiki,, kerana ini untuk kesedaran
diriku sendiri.. Muga jalan kehidupan ku diberkati dan dipermudahkan ALLAH.

Friday, October 9, 2009